Salam rider- rider sekalian,
Entri kali ini mungkin berguna untuk pengetahuan kita bersama, Semalam saya telah singgah di Kedai Basikal Bob Lim di Seri Kembangan dan beliau seperti biasa yang dikenali dengan perwatakan peramah, telah menceritakan tentang serba sedikit pengalaman dan pengetahuan beliau dalam sukan 'Mountain Biking' ini.
Dalam banyak-banyak topik yang diceritakan, saya telah bertanya satu soalan kepada beliau tentang berat ideal bagi sebuah basikal (Instead of most of rider berlumba-lumba untuk upgrade basikal mereka menjadi seringan yang mungkin) Mungkin selepas membaca entri ini, persepsi anda akan berubah. Terpulang kepada anda, tepuk dada tanya selera. :)
Banyak Cyclist yang mengunjungi laman-laman web basikal untuk mendapatkan informasi tentang berbasikal. Dengan semangat yang jitu (ceewah), saya cuba untuk mengulas kembali, mungkin, atas topik yang sama pernah diulas rakan cyclist lain dalam blog mereka.
Merujuk kepada artikel yang saya baca, survey yang telah dilakukan terhadap atlet profesional Mountainbike, dikatakan bahawa berat basikal ideal yang stabil untuk trek offroad (MTB) adalah basikal dengan berat full bike di sekitar 9.5 kg – 12 kg (untuk XC/Trails). Berat full bike ini tentu harus dititik beratkan soal kualiti komponen yang kuat, dan yang paling penting setting / fitting basikal sesuai postur tubuh Cyclist. Tetapi bagi persekitaran di Malaysia, berat ideal bagi sebuah basikal untuk Offroad trail sudah mencukupi dengan 12kg kerana jika basikal anda terlalu ringan, ia akan menyukarkan anda berkayuh di dalam trail offroad yang geografinya agak berbukit bukau.

Basikal yang ideal bagi Mountain Bikers adalah basikal yang stabil untuk berlumba di sepanjang trek, juga ringan dikayuh dengan ragam trek mendatar dan berelevasi (menaik dan menurun). Ada yang beranggapan bahawa basikal yang ringan hanya selesa untuk dikayuh pada route jalan menaik dan panjang, akan tetapi sukar mengendalikan basikal dan menjaga keseimbangan ketika menurun dan tikungan, lebih parah lagi jika keadaan trek basah dan licin. Anggapan ini disangkal oleh pihak lain yang menyatakan bahawa basikal dengan berat ideal tersebut akan lebih bagus ketika dikendali dengan kemampuan teknik kawalan handle sudah memadai, apatah lagi dengan seorang atlet yang sudah terlatih.
Misalnya, ada penggunaan basikal super ringan dan lebih berat dengan perbezaan setting gear, dengan kedudukan stamina yang sama setara dengan rider yang basikal mereka super ringan dan rider yang basikal mereka lebih berat. Jika top speed basikal yang super ringan tanpa disertai final gear yang berat pasti akan kehilangan traksi ketika di jalan mendatar yang panjang, sementara basikal dengan jisim lebih berat memiliki setting gear sebaliknya.
Contoh tersebut memang hanya sebahagian dari masalah kesan perbezaan setting basikal, masih banyak faktor lain berkait setting komponen basikal.

Ulasan yang boleh dibuat, iaitu ‘menggariskan’ beberapa ‘kunci’ yang patut diperhatikan untuk mendapatkan basikal tunggangan yang ideal, diantaranya ialah :
Frame |
1. Geometri frame yang sesuai dengan postur tubuh pengendali basikal dan sesuai peruntukan trek yang bakal dilalui.
Fork / Suspension |
2. Setting tekanan fork / suspension ( Walupun kos agak tinggi tetapi harus di setting sesuai karakter cyclist dan keadaan trek)
Bottom Bracket |
3. Bottom bracket ( BB ) / boleh dicuba dengan menggunakan bottom bracket lebih ringan, kerana menurut pendapat ramai, BB dengan bahan keramik terasa ringan ketika dikayuh.
Wheel with hubs |
4. Kualiti Hubs / wheel set
Tyre |
5. Bahan dari Ban / tyre
Rear Derailer |
6. Pemilihan Rear Derailer ( Pengaruh pada rasa ringannya putaran rantai )
_______________________________________________________________________________________________________________________________
Jadi, apa pendapat anda? Saya minta maaf jika info yang saya wacanakan dalam entri kali ini ada yang sebaliknya dari fahaman anda. Jika ada yang salah, anda boleh betulkan. hihi..
'Jom KaYuh!!'
huh pakai rd dura-ace kat mtb. hebat-hebat
ReplyDeletehaha.. orang punye tu.. :)
ReplyDeletesy pakai mtb 26 je.model 90an.masih cemerlang wlpn berusia 20thun lebih suda...kualiti vs kuantiti.
ReplyDeleteblogger pakai mtb size 26,27.5@29?
ReplyDelete