Jika semalam entri tentang fakta menarik basikal fixie, hari ini saya ingin berkongsi tentang jenis-jenis mountainbike pula, Haa.. Mesti ramai yang nak tau kan sebab kebanyakan dari kita menggunakan mountainbike atau basikal gunung ini tak kisahla dari apa jenama sekalipun.
Apabila mula-mula kita kenal dengan Mountainbike (MTB), bila kita lihat sahaja basikal dengan 'fork' depan, tayar lebar menggerutu, ada pelbagai gear, maka kita kata itulah MTB. Bila dah lama sedikit berkecimpung dalam berbasikal, macam-macam bentuk dan jenis basikal yang kita akan jumpa. Jadi sambil-sambil kita kayuh basikal kita, mari kita cuba mengenali jenis-jenis MTB dengan lebih terperinci. Kita akan lihat dari 2 aspek. dari segi rekabentuk jenis rangka dan disiplin tunggangan.
KATEGORI BASIKAL MTB MENGIKUT JENIS RANGKA (FRAME)
Mengenai jenis rangka basikal gunung. Dari sudut kategori rangka, MTB boleh dibahagikan kepada:
Rangka Keras (Rigid Frame)
Ekor Keras (Hardtail)
Basikal yang mempunyai 'fork' depan sahaja.
'Fork' depan boleh melantun naik dan turun untuk menyerap hentakan manakala bahagian belakang (ekor) tiada sebarang penyerap hentak. Jarak ampaian bergantung kepada geometri kerangka dan disiplin tunggangan. Bermula dari sependek 80mm sehingga 140mm. Bahagian ekor tidak mempunyai penyerap hentakan. Penunggang masih boleh merasa gegaran yang dihantar dari bahagian ekor. Gegaran tidaklah sehebat gegaran basikal keras.
Ekor Lembut (softail)
Sekali pandang nampak sama saja basikal ekor keras dengan ekor lembut. Di mana bezanya? Cuba perhatikan penyerap hentakan pada sambungan rangka pelana dengan tiub pelana. Rekabentuk ekor lembut ini unik. Ia bagaikan kacukan di antara ekor keras dengan
'fork' penuh. Basikal ekor lembut mempunyai satu
'fork' kecil pada bahagian kerangka pelana (seat stay) yang menyambungkan rangka pelana dengan tiub pelana. Tiada pangsi penyambung pada kerangka rantai (chain stay) dengan braket bawah. Gerakan naik turun kerangka belakang ditentukan oleh tahap kelenturan bahan yang digunakan untuk membuat kerangka rantai.
'Fork' penuh (Full suspension)
Kategori ini mempunyai
'fork' depan dan belakang. Rangka dibahagi kepada 2 bahagian. Rangka depan dan belakang atau ekor. Rangka belakang mempunyai satu sistem
'fork' dan disambung dengan rangka hadapan. Rangka belakang disambung dengan rangka depan menggunakan sama ada satu pangsi (pivot) atau lebih dari satu pangsi. Jarak
'fork' ditentukan oleh geometri rangka. Bila terhenyak, terlanggar bonggol dan sebagainya, bahagian yang terampai ini akan bertindak menyerap hentakan-hentakan dan sang penunggang terselamat daripada terpaksa mengangguk-anggukkan kepala.
JENIS MTB MENGIKUT DISIPLIN KAYUHAN
Meninjau kategori MTB mengikut jenis kayuhan yang dipengaruhi oleh bentuk mukabumi dan denai yang dilalui, bukan ditentukan oleh sang pengayuh. Jangan la pula terkeliru dengan disiplin yang dipilih oleh sang pengayuh. Contoh mudah, kalau ada seorang pengayuh yang menggunakan basikal hardtail untuk melungsur turun bukit, tidak menjadikan basikal itu sebuah basikal downhill. Bukanlah bermakna basikal ekor keras tidak boleh digunakan untuk melungsur turun bukit, cuma rangka itu mungkin tidak dapat bertahan siksaan menuruni bukit. Terpulang kepada pandangan masing-masing.
Merentas Desa (Cross Country)
Basikal kategori ini direka berkisar kepada dua faktor utama - ringan dan kecekapan kayuhan. Rekabentuknya biasanya mempunyai sudut tiub kepala dan tiub pelana yang curam untuk memaksa pengayuh membongkokkan badan sedikit ke depan waktu mengayuh. 'Fork'nya minima supaya setiap tenaga yang digunakan dihantar kepada tayar belakang untuk menggerakkan basikal dan tidak diserap oleh sistem ampaian. Bahan yang biasa digunakan ialah aluminium, gentian karbon, campuran logam, titanium, kromoli dan sebagainya untuk mendapat rangka seringan mungkin dengan kekuatan yang cukup untuk menanggung segala cabaran ringan tatkala kayuhan rentas desa. Untuk penghantaran kuasa, basikal ini biasa dilengkapi dengan 3 gegancu hadapan dan 9 gegancu belakang dengan variasi nisbah gear yang besar untuk kilasan kayuhan (torque) vs jarak perjalanan.
Ciri | Butiran |
---|---|
Rangka | ekor keras, ekor lembut atau 'fork'penuh |
Geometri | tiub kepala 70°, tiub pelana 73°, tapak roda 43 inci |
Berat | 10kg - 13.5kg (20 - 30 paun) |
Jarak 'fork' | 80mm - 100mm (3in - 4in), depan dan/atau belakang |
Jenis 'fork' | redaman angin |
Setup roda depan | Rim XC ringan 32 lubang |
Setup roda belakang | Rim XC ringan 32 lubang |
Saiz tayar | 1.9 - 2.3 |
Brek | V - brek atau disc dengan cakera 6 inci |
Saiz engkol | 175mm - 180mm |
Gegancu hadapan | 3 keping 24 - 32 - 48 |
Gegancu belakang | 9 keping 11 - 34T |
Stem | 70mm - 130mm, 6 darjah |
Hendal | 23in - 25in panjang, lekuk 0 - 1.5in, 5° ke belakang, 4° ke atas |
Semua Bukit (All Mountain - AM)
Bentuk kayuhan semua bukit merupakan kacukan di antara disiplin rentas desa dengan kayuh bebas (Free Ride). Ringkasnya boleh dikatakan XC yang ekstrim. Jenteranya direka untuk kecekapan kayuhan tetapi rangkanya lebih berat dan tegap untuk menghadapi kayuhan teknikal ganas dan melibatkan sedikit sebanyak lompatan. Basikal ini biasanya mempunyai jarak 'fork' yang lebih panjang berbanding basikal XC. Rangkanya lebih berat kerana menggunakan tiub yang lebih tebal. Juga ditokok dengan pesak (gusset) yang dipasang pada sambungan-sambungan kritikal, pada sambungan tiub atas dengan tiub kepala misalnya, untuk mengukuhkan lagi rangkanya. Untuk pemindahan tenaga, mesin dilengkapi dengan 3 gegancu hadapan dan 9 gegancu belakang untuk memberikan banjaran gear yang luas.
Freeride (FR)
Basikal FR direka untuk menanggung deraan lompatan besar dan tunggangan teknikal yang ekstrem. Mungkin termasuk dalam kategori basikal paling versatil dalam disiplin tunggangan ekstrem teknikal. Ditambah dengan perkembangan dan kemajuan teknologi ampaian dan rangka belakang, basikal FR mampu dikayuh untuk kerabat bukit (walau tidak sehebat basikal XC) dan boleh dikendalikan pada kelajuan rendah walaupun pada kedudukan pelana yang rendah. Biasanya menggunakan hanya satu gegancu hadapan dengan 9 gegancu belakang. Ini bertujuan memendekkan rantai yang akan mengurangkan tamparan rantai dan tersalah tukar gear.
Turun Bukit (Downhill – DH)
Untuk melungsur dan meluncur turun bukit, basikalnya mesti mampu menahan deraan tunggangan teknikal ekstrem pada kelajuan tinggi. Biasanya dilengkapi ampaian sehingga 8 inci untuk meratah lompatan-lompatan tinggi, menerjun dari tebing-tebing curam dan taman-taman batu selagi mana si penunggang berani menerjah. Tapak rodanya panjang dan pelana rendah untuk kestabilan, membuatkan ianya tidak sesuai untuk kayuh-kayuh santai pada denai-denai biasa. Mendaki dengan jentera ini jauh sekali. Biasanya di bawa naik ke puncak bukit dengan kenderaan lain – trak, kereta kabel atau helikopter! Atau…Tolak la sendiri.
Ciri | Butiran |
---|---|
Rangka | 'fork' penuh |
Geometri | tiub kepala 68°, tiub pelana 73°, tapak roda 45in |
Berat | 12.5kg - 16kg (28-35 paun) |
Jarak ampaian | 100mm -150mm (4in - 6in), depan dan/atau belakang |
Jenis ampaian | redaman angin, ampaian spring gegelung |
Setup roda depan | Rim serbaguna, 32 lubang, gelendong cepat lepas |
Setup roda belakang | Rim serbaguna 32 lubang, gelendong kunci bol |
Saiz tayar | 26in, 2.25 - 2.5 |
Brek | cakera 6 inci depan belakang |
Saiz engkol | 175mm |
Gegancu hadapan | 3, 22t~46t |
Gegancu belakang | 9, 11t~ 34T |
Stem | 50mm - 90mm, 6 darjah |
Hendal | 24in - 26in panjang, lekuk 0 - 1.5in, 5° ke belakang, 4° ke atas |
Freeride (FR)
Basikal FR direka untuk menanggung deraan lompatan besar dan tunggangan teknikal yang ekstrem. Mungkin termasuk dalam kategori basikal paling versatil dalam disiplin tunggangan ekstrem teknikal. Ditambah dengan perkembangan dan kemajuan teknologi ampaian dan rangka belakang, basikal FR mampu dikayuh untuk kerabat bukit (walau tidak sehebat basikal XC) dan boleh dikendalikan pada kelajuan rendah walaupun pada kedudukan pelana yang rendah. Biasanya menggunakan hanya satu gegancu hadapan dengan 9 gegancu belakang. Ini bertujuan memendekkan rantai yang akan mengurangkan tamparan rantai dan tersalah tukar gear.
Ciri | Butiran |
---|---|
Rangka | 'Fork'penuh |
Geometri | tiub kepala 66°, tiub pelana 71°, tapak roda 45.5in |
Berat | 14.5kg - 20kg (32-45 paun) |
Jarak 'fork' | +150mm (+ 6in), depan dan/atau belakang |
Jenis 'fork' | redaman angin, 'fork' spring gegelung |
Setup roda depan | Rim tugas berat, 36 lubang, gelendong 20mm gandar tembus |
Setup roda belakang | Rim tugas berat, 36 lubang, gelendong 10mm kunci bol |
Saiz tayar | 26in, 2.5 - 2.7 |
Brek | hidrolik, cakera 8 inci (203mm) depan belakang |
Saiz engkol | 170mm |
Gegancu hadapan | tunggal, 32t~46t |
Gegancu belakang | 9, 12t~ 34T |
Stem | 30mm - 70mm, 10° |
Hendal | 24in - 27in panjang, lekuk atas 1.5”-2.5”, 9° ke belakang, 4° ke atas |
Turun Bukit (Downhill – DH)
Untuk melungsur dan meluncur turun bukit, basikalnya mesti mampu menahan deraan tunggangan teknikal ekstrem pada kelajuan tinggi. Biasanya dilengkapi ampaian sehingga 8 inci untuk meratah lompatan-lompatan tinggi, menerjun dari tebing-tebing curam dan taman-taman batu selagi mana si penunggang berani menerjah. Tapak rodanya panjang dan pelana rendah untuk kestabilan, membuatkan ianya tidak sesuai untuk kayuh-kayuh santai pada denai-denai biasa. Mendaki dengan jentera ini jauh sekali. Biasanya di bawa naik ke puncak bukit dengan kenderaan lain – trak, kereta kabel atau helikopter! Atau…Tolak la sendiri.
Ciri | Butiran |
---|---|
Rangka | 'Fork' penuh |
Geometri | tiub kepala 64 drj, tiub pelana 65, tapak roda 47in |
Berat | 15.5kg - 27kg (35-60 paun) |
Jarak 'fork' | 150mm - + 200mm(6in - + 8in), depan dan/atau belakang |
Jenis 'fork' | redaman minyak, 'fork' gegelung |
Setup roda depan | Rim DH, 36 lubang, gelendong 20mm |
Setup roda belakang | Rim DH, 36 lubang, gelendong 10mm kunci bol |
Saiz tayar | 26in, 2.3 – 3.0 |
Brek | hidrolik, cakera 8 inci depan belakang |
Saiz engkol | 170mm |
Gegancu hadapan | tunggal, 32t~46t |
Gegancu belakang | 9, 12t~ 34T |
Stem | 30mm - 70mm, 10 darjah |
Hendal | 26in - 28in panjang, lekuk atas 1.5”-2.5”, 9 darjah ke belakang, 4 darjah ke atas |
So, macam mana? Dah dapat kenal pasti basikal MTB idaman anda?
Semoga pengetahuan ini dapat kita guna pakai dan berkongsi bersama rakan-rakan yang lain. Jika ada fakta atau apa2 yang silap dalam entri kali ini bolehla tegur k? Kalau salah kita sama-sama betulkan.
gud info...tq
ReplyDeleteWelcome.. :-)
ReplyDeleteterima kasih kerana membantu dalam penulisan assignment saya.
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih
Deleteterima kasih untuk info. baru berjinak2 nak main mtb. belum beli dan belum lagi usya frame yang sesuai. boleh suggest saiz frame yang sesuai untuk All Mountain bagi rider 158-160cm tinggi.??
ReplyDeleteuntuk ketinggian 160cm saiz frame yang ideal ialah 16 tetapi ada juga mereka yang selesa menggunakan saiz frame 17.
ReplyDeletehttp://www.lazada.com.my/marsstar-26-inches-mountain-bike-2621-wagen-white-green-896202.html
ReplyDeleteAda bike ni bgs?....tlng beri pendapat?