Salam Rider-rider sekalian,
Selamat kembali ke minggu yang baru. Setelah dua hari blog ini senyap tanpa post baru, hari ini kami ingin berkongsi tentang kayuhan malam yang telah dijalankan pada malam 29 Julai yang lepas. Kayuhan ini disertai oleh geng-geng gagah 'Puncak Bikers' (ceewahh).
Kayuhan bermula dari kawasan perumahan Taman Puncak Jalil (PUJ8) sehingga 7-Eleven Bandar Kinrara 4. Haa.. agak jauh la juga kan? sudah semestinya dapat melepas gian mereka ini untuk berkayuh. Almaklumla bulan puasa ni memang terbatas sikit nak berkayuh waktu siang. Jadi peluang berkayuh pada waktu malam ini mereka telah gunakan dengan sebaik mungkin.
Lepas ni ade lagi ke kayuhan Ramadhan? Sama-sama kita nantikan. Memandangkan hari ini sudah hari ke-10 berpuasa, ada lagi 19 hari nak raya! yeay! :)
Jom kita layan gambar-gambar mereka malam tu.. :
|
Nampak lengang je jalan malam tu |
|
Aku Juara! :p |
|
Kayuh dan terus kayuh |
|
Selekoh |
|
Penat dah ke? hihi |
|
Sampai suda destinasi.. Bergambar dulu |
|
Take a break |
|
Sempat tau tapau sebelum balik.. |
|
Rider-rider power |
|
Setelah sampai ke rumah.. |
Begitulah serba sedikit tentang kayuhan pertama bulan Ramadan bagi geng Puncak Bikers. Kita nantikan siri kayuhan yang seterusnya, Selamat menjalani ibadah puasa semua.
'jOM KaYuH!'
Ooo...ingatkan kayuh sampai 7-11 BK9...
ReplyDelete..kayuhan rashad bk 4...
ReplyDelete:-)
ReplyDelete