Sorila lama tak update blog ni. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi tentang tip dalam pemilihan basikal. Insya-Allah boleh membantu bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak untuk berbasikal.
Pemilihan saiz basikal adalah bergantung kepada saiz badan dan kaki anda. Walaubagaimanapun, corak tunggangan anda juga akan memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika anda lebih menumpukan kepada kayuhan atau racing, pemilihan saiz yang benar-benar tepat adalah amat penting. Tetapi jika anda lebih kepada 'fun ride' dan akan lebih seronok melayan trail ketika menuruni bukit di laluan yang pelbagai, anda digalakkan untuk memilih frame yang 1 inci lebih kecil dari saiz sebenar. Ini kerana frame yang lebih kecil akan lebih mudah dikawal dan lebih menyeronokkan.
Begitu juga jika anda memilih untuk menggunakan full suspension. Anda digalakkan untuk menggunakan saiz yang 1 inci lebih kecil berbanding hardtail. Ini kerana basikal full suspension biasanya adalah lebih tinggi berbanding hardtail.
Di bawah ini disediakan carta yang anda boleh gunakan sebagai asas untuk pemilihan saiz frame yang sesuai. Namun sebelum itu anda perlu melakukan sedikit ukuran pada badan anda iaitu :
Begitu juga jika anda memilih untuk menggunakan full suspension. Anda digalakkan untuk menggunakan saiz yang 1 inci lebih kecil berbanding hardtail. Ini kerana basikal full suspension biasanya adalah lebih tinggi berbanding hardtail.
Di bawah ini disediakan carta yang anda boleh gunakan sebagai asas untuk pemilihan saiz frame yang sesuai. Namun sebelum itu anda perlu melakukan sedikit ukuran pada badan anda iaitu :
Mengukur Ketinggian Anda
1. Tanggalkan kasut anda
2. Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
3. Minta bantuan rakan untuk ukur ketinggian anda dari kepala ke kaki lantai
4. Tuliskan ketinggian anda dalam inci atau sentimeter
Mengukur Panjang Kaki Anda (Inseam)
1. Panjang kaki anda atau inseam basikal adalah berbeza dengan inseam pakaian atau saiz jeans
2. Mulakan dengan menanggalkan kasut anda
3. Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
4. Letakkan sebuah buku di ‘kelangkang’ anda dengan bahagian ‘binding’nya menghadap ke atas
5. Minta bantuan rakan untuk mengukur dari lantai ke bahagian atas ‘binding’ buku
6. Catatkan ukuran dalam inci atau sentimeter
Mountain bike biasanya mempunyai ukuran dalam inci, iaitu dari bahagian tengah crank sehingga ke top tube.
Panduan Saiz Mountain Bike
Mountain
Bikes – Pilih Saiz Yang Betul
|
||
Tinggi
|
Panjang
Kaki (Inseam)
|
Saiz
Frame
|
4’11″ – 5’3″ | 25” – 27” | 13 – 15 inci |
5’3″ – 5’7″ | 27″ – 29″ | 15 – 17 inci |
5’7″ – 5’11″ | 29″ – 31″ | 17 – 19 inci |
5’11″ – 6’2″ | 31″ – 33″ | 19 – 21 inci |
6’2″ – 6’4″ | 33″ – 35″ | 21 – 23 inci |
6’4″ & ke atas | 35 & ke atas | 23 inci – ke atas |
'jOM kAYuh!'
No comments:
Post a Comment