Welcome to puncakbikers.blogspot.com Kami adalah komuniti berbasikal dan sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sangat dialu-alukan..

Friday 31 August 2012

Puncak Bikers Playground, August 31, 2012

Salam sejahtera kepada semua rider-rider semua. Agak lama menyepi dari mengupdate blog ini.. Maafla kerana lately ni memang agak sibuk dengan tuntutan kerja.

Jangan gusar jangan khuatir. Insya-Allah kami akan berusaha mengupdate blog ini dari semasa ke semasa.

Entri kali ini ingin berkongsi tentang kayuhan pada 31 ogos 2012 sempena hari kemerdekaan negara tercinta kita MALAYSIA ke-55 tahun.. Lokasi? Taman Puncak Jalil of course.. :)

Jom kita lihat..

C.mat bersama fullsus baru.. mantopp

Tok penghulu seluruh pelusuk puncak bikers,, haha

Fuh,, meletops...











'jOm kAyuh!'

Monday 13 August 2012

Kayuhan Malam Ramadhan Equine Park, August 11, 2012

Salam Rider-rider semua.

Wah, lagi seminggu kita semua nak raya kan? Korang raya mana tahun ni? Mesti kebanyakan balik kampung kan? So, rancang perjalanan anda dan semoga selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Entri kali ini kami ingin berkongsi kayuhan yang melibatkan clan2 Puncak Bikers. Biasela diorang ni memang rajin berkayuh. Hehe.. Kali ni diorang berkayuh dari kawasan perumahan Puncak Jalil ke Equine Park.

Jom layan gambar..  ;)

Clan Puncak Bikers yang setia

Rehat sat

Ni after kayuh singgah minum sat

Puncak Bikers

Abg Merida.. hehe


Full sus bicycle..

Haa.. ni owner dia.. Mantopp..

Meredah kepekatan malam demi kayuhan 


o-t-a-i



Memandangkan bulan puasa hampir sampai ke penghujungya, diharap selepas raya, ramaila dari kita aktif semula dalam berbasikal.. Banyak ni jamboree lepas raya, hehe.. Kita jumpa lagi di entri akan datang..

'Jom kAyuH!'

Wednesday 8 August 2012

Latar Belakang Azizulhasni Awang a,k.a The Pocket Rocketman

Salam semua,

Pasti ramai antara kita yang melihat acara keirin akhir yang melibatkan pelumba negara iaitu Azizulhasni Awang. Seperti yang kita semua tahu, beliau mendapat tempat keenam dari semua pelumba.

Walaupun mendapat tempat keenam, kita rakyat Malaysia tetap boleh berbangga dengan pencapaian beliau. Bukan mudah untuk anak Melayu dapat peluang bersaing di peringkat Olimpik. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit latar belakang beliau.

Kredit kepada www.london2012.com

Sumber : www.london2012.com

Olympic Games
YearVenueSprintKeirinTeam Sprint
2008Beijing, CHN8107

World Championships
YearVenueSprintKeirinTeam Sprint
2011/2012Melbourne, VIC, AUS279
2009/2010Ballerup, DEN122
2008/2009Pruszkow, POL2116

Asian Games
YearVenueSprintKeirin
2010Guangzhou, CHN41

Asian Championships
YearVenueSprintKeirinTeam Sprint
2011/2012Kuala Lumpur, MAS22
2010/2011Nakhon Ratchasima, THA33
2010/2011Sharjah, UAE885
2009/2010Tenggarong, INA141

World Cup Overview 2008 - 2012
YearVenueKeirin
2010/2011Manchester, GBR3
2010/2011Cali, COL1
2009/2010Beijing, CHN1
2009/2010Melbourne, VIC, AUS2
2008/2009Beijing, CHN1
2008/2009Melbourne, VIC, AUS1


World Cup (Ranking)
YearKeirin
2011/201210
2010/20111
2009/20101
2008/20091


Nickname
The Pocket Rocketman. (The Malay Mail, 29 April 2010)


Hobbies
Blogging, playing golf, cooking. (Twitter, 10 Feb 2012)

Occupation
Athlete, Student

Education
Sport Management - Deakin University, Melbourne, VIC, AUS

Family
Wife Athiah Ilyana

Language(s) spoken
Malay, English

Club name
Yayasan Sime Darby, Kuala Lumpur, MAS

Coach
John Beasley [national] (AUS) (sports.mylaunchpad.com.my, 20 Jan 2012)

Injuries
In 2011 he dislocated a knee while attempting to mount a fixed wheel bike at an even in Indonesia. (uk.eurosport.yahoo.com, 07 Jun 2012)

His calf muscle was skewered by a 20cm shard of the wooden track during a crash in the keirin final at the 2011 World Cup event in Manchester. The crash, coming of the final bend, wiped out five of the six participants with Awang managing to get back on his bike to claim bronze before collapsing to the floor and being stretchered to hospital. (YouTube, 21 Feb 2011; dailymail.co.uk, 22 Feb 2011)

Additional information
Start of sporting career
He began at the age of 10 at his hometown Dungun. (Sime Darby Professional Track Team, 2010)

Reason for taking up this sport
He followed his brother to a local cycling club and was spotted by a senior coach. (uk.eurosport.yahoo.com, 07 Jun 2012)

Most memorable sporting achievement
Winning the Malaysian sportsman of the year award. (Athlete, 14 Nov 2010)

Most influential person in career
His family. (Athlete, 14 Nov 2010)

Awards
In 2011 he was named the named the Outstanding Athlete of the Yayasan Sime Darby team and presented with 20,000 Malaysian ringgit. (yayasansimedarby.com, 30 Mar 2011)

He was named 2009 Malaysian Sportsman of the Year. (New Straits Times, 02 May 2010)

He was the Malaysia flagbearer for the opening ceremony of the 2008 Olympic Games in Beijing. (thepocketrocketman.blogspot.com, 28 Mar 2011)


General
NATIONAL FIRST

His victory in 2009 World Cup in Melbourne made him the first Malaysian to win gold at a World Cup event. (thepocketrocketman.blogspot.com, 28 Mar 2011)

CHARITY WORK
In 2011 he participated in a charity race organised by his team, Yayasan Sime Darby, to raise funds for leukemia patients in Malaysia. (yayasansimedarby.com, 2011)

Previous Olympics
Beijing 2008


Sumber : http://www.london2012.com

Azizulhasni dapat tempat Keenam




LONDON: Kegagalan Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat buat negara tidak mengundang rasa kecewa Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) yang menyifatkan pelumba harapan itu sudah memberikan yang terbaik.
“Untuk berada dalam kelompok keenam pelumba terbaik dunia adalah satu pencapaian yang membanggakan,” kata pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad. “Jadi, tiada apa yang perlu dikesalkan.”
Timbalan Presdien PKBM itu berkata, Azizulhasni sudah berusaha untuk menghidupkan impian pingat menerusi kemaraannya ke final acara keirin, tapi tidak bernasib baik kerana mendapat seeding yang kurang bagus di garisan permulaan.

“Oleh sebab itu, dia gagal mendapatkan tempat di bahagian depan seperti mana dilakukannya pada setiap perlumbaan sebelum itu sehingga terpaksa mengekori dari belakang.

“Bila tiba masanya untuk memecut, dia pula terkepung oleh pelumba Jerman dan Belanda sehingga menyukarkannya untuk keluar,” katanya.

Azizulhasni menghuni tempat tercorot daripada enam pelumba yang menyaksikan pelumba tuan rumah, Chris Hoy meraih pingat emas ketiganya di London 2012 dan keenam sejak Beijing 2008. Tempat kedua menjadi milik Maximilian Levy dari Jerman manakala Simon van Vel Vellthooven (New Zealand) dan Teun Mulder (Belanda) berkongsi gangsa.

“Kami sebenarnya ingin membuat bantahan terhadap Levy dan Mulder kerana mengepung Azizul tapi membuat keputusan sebaliknya lantaran pelumba kita itu mendapat tempat keenam. Jika Azizul dapat tempat keempat atau kelima, kita mungkin membuat bantahan,” kata Naim.

Acara keirin itu adalah yang terakhir untuk sukan berbasikal yang menutup tirai semalam.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

Tuesday 7 August 2012

Tip Pemilihan Basikal (Ketinggian dan Insteam)

Salam rider-rider sekalian,

Sorila lama tak update blog ni. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi tentang tip dalam pemilihan basikal. Insya-Allah boleh membantu bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak untuk berbasikal.

Pemilihan saiz basikal adalah bergantung kepada saiz badan dan kaki anda. Walaubagaimanapun, corak tunggangan anda juga akan memainkan peranan.

 Sebagai contoh, jika anda lebih menumpukan kepada kayuhan atau racing, pemilihan saiz yang benar-benar tepat adalah amat penting. Tetapi jika anda lebih kepada 'fun ride' dan akan lebih seronok melayan trail ketika menuruni bukit di laluan yang pelbagai, anda digalakkan untuk memilih frame yang 1 inci lebih kecil dari saiz sebenar. Ini kerana frame yang lebih kecil akan lebih mudah dikawal dan lebih menyeronokkan.

Begitu juga jika anda memilih untuk menggunakan full suspension. Anda digalakkan untuk menggunakan saiz yang 1 inci lebih kecil berbanding hardtail. Ini kerana basikal full suspension biasanya adalah lebih tinggi berbanding hardtail.

Di bawah ini disediakan carta yang anda boleh gunakan sebagai asas untuk pemilihan saiz frame yang sesuai. Namun sebelum itu anda perlu melakukan sedikit ukuran pada badan anda iaitu :



Mengukur Ketinggian Anda

1. Tanggalkan kasut anda
2. Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
3. Minta bantuan rakan untuk ukur ketinggian anda dari kepala ke kaki lantai
4. Tuliskan ketinggian anda dalam inci atau sentimeter

Mengukur Panjang Kaki Anda (Inseam)

1. Panjang kaki anda atau inseam basikal adalah berbeza dengan inseam pakaian atau saiz jeans
2. Mulakan dengan menanggalkan kasut anda
3. Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
4. Letakkan sebuah buku di ‘kelangkang’ anda dengan bahagian ‘binding’nya menghadap ke atas
5. Minta bantuan rakan untuk mengukur dari lantai ke bahagian atas ‘binding’ buku
6. Catatkan ukuran dalam inci atau sentimeter

Anda juga boleh menggunakan carta di bawah untuk memilih saiz basikal yang sesuai untuk anda. Dengan mengetahui ketinggian dan panjang kaki anda, adalah lebih mudah untuk menentukan saiz yang sesuai dan selesa untuk anda. Di antara 2 ukuran itu (tinggi dan inseam), inseam adalah lebih penting.

Mountain bike biasanya mempunyai ukuran dalam inci, iaitu dari bahagian tengah crank sehingga ke top tube.

Panduan Saiz Mountain Bike

Mountain Bikes – Pilih Saiz Yang Betul
Tinggi
Panjang Kaki (Inseam)
Saiz Frame
4’11″ – 5’3″ 25” – 27” 13 – 15 inci
5’3″ – 5’7″ 27″ – 29″ 15 – 17 inci
5’7″ – 5’11″ 29″ – 31″ 17 – 19 inci
5’11″ – 6’2″ 31″ – 33″ 19 – 21 inci
6’2″ – 6’4″ 33″ – 35″ 21 – 23 inci
6’4″ & ke atas 35 & ke atas 23 inci – ke atas



'jOM kAYuh!'

Wednesday 1 August 2012

Mengenali Bahagian-bahagian Basikal Gunung (Mountainbike)


Salam Rider-Rider semua.

Entri kali ini mungkin amat berguna bagi kita. Walaupun mungkin sudah ramai yang tahu tentang komponen-komponen yang terdapat pada basikal kita, tetapi tidak salah kan untuk menambah pengetahuan kita?

Disini diterangkan tentang 25 komponen yang terdapat pada basikal kita. Jom kita tengok.. :)


1. Handle Bar
Handlebar
--Lebih dikenali dengan pengemudi, pada MTB ada beberapa jenis iaitu Monkey bar, Rise bar dan Standard bar. Handle bar umpama kokpit basikal kita, mengontrol gigi transmission, Rem depan-belakang terdapat di handlebar ini. Pilihlah handle bar yang sesuai dengan keupayaan anda.


2. Top Tube

Top Tube

--Merupakan komponen dari frame basikal bahagian atas, 
Tips: Sesuaikan ukuran frame dengan tubuh anda





3. Down Tube
Down Tube
--Merupakan komponen dari frame basikal, melintang dari HeadSet terus kepada Top Tube Seat, Stay dan BB (buttom Bracket).


4. Shifter
Shifter dari brand SLX Shimano
--Groupsets (komponen) penukar gigi tranmission, berfungsi untuk menggerakan FD (front derailleur) dan RD (rear derailleur), Shifter yang berada dipasaran untuk penggerak RD mencapai 9 – 10 speed, untuk Shifter FD biasanya hanya terdiri 2 – 3 speed.


5. Handgrip
Handgrip
--Umpama pembalut Handlebar biasanya diperbuat daripada getah (pita getah) bergantung kepada penggunaan. Jika boleh, pastikan Handgrip tidak berpusing pada handlebar ketika kita berkayuh, handgrip yang terlalu tebal atau terlalu tipis akan mengurangkan keselesaan kita dalam berbasikal.


6. Brake Lever
Contoh Brake Lever dari brand SRAM XO
--Tuas Rem (depan-belakang) diletakkan Brake laver dengan kesesuaian anda ketika berbasikal, Pastikan jari tangan anda dapat meraih dengan mudah lever (tuas) ini.


7. HeadSet
Headset menyambungkan frame dan fork
--Bahagian depan Frame yang didalamnya terdapat bearing dan komponen lain serta berfungsi untuk menghubungkan Fork (suspension) depan dengan stem dan handlebar.

8. Stem
Stem dari brand GIANT
--Merupakan juga bahagian kokpit basikal kita, berfungsi untuk menghubungkan handle bar – Headset dan Fork depan. Stem ada dalam beberapa ukuran untuk fork depan yang panjang (long travel) serta bentuk stem berbeza dengan stem standard.
Tips: jika anda merasa stem anda terlalu panjang dan kita berbasikal terasa membongkok anda boleh menggantinya dengan ukuran stem yang lebih pendek mengikut keselesaan anda.


9. Saddle
Saddle dari Bontrager
--Saddle bermaksud tempat duduk basikal atau biasa kita sebut seat basikal, untuk basikal MTB biasanya berukuran lebih tebal jika dibandingkan dengan roadbike. Kedudukan Saddle haruslah benar-benar lurus (horizontal), serta kedudukannya haruslah tidak terlalu jauh atau terlalu dekat dengan handlebar.
Tips: Posisi yang salah akan mengakibatkan ketidakselesaan ketika kita berbasikal serta boleh mengakibatkan kecederaan atau kesakitan pinggang.


10. SeatPost

Seatpost
--Kedudukan seatpost seperti penghubung antara saddle dengan frame basikal, posisi vertikal dsesuaikan dengan keselesaan anda. 
Tips: Cuba naik basikal pada keadaan berhenti, luruskan kaki anda hingga benar-benar dapat menjejaki pedal. Jika keadaan kaki masih rasa tidak boleh lurus padahal posisi pedal sudah dibawah hal ini menunjukkan bahawa seatpost anda kurang tinggi. Ukurlah seatpost hingga benar-benar sesuai dengan ketinggian anda.


11. Seat Stay
Seat Stay
--Merupakan bahagian belakang frame. Untuk MTB dual suspension Seat Stay biasanya berupa swing arms terhubung dengan frame menggunakan suspension belakang.

12. Pedals
Pedals (Pengayuh)
--Merupakan komponen untuk memutarkan Bottom Bracket dan Crankset sehingga basikal boleh bergerak (digerakkan ketika kita mengayuh basikal).


13. Crank Set 
Crankset dari SRAM XX
--Komponen seperti lengan yang menghubungkan pedals dengan chain rings.


14. Chain Ring

Chain Ring
--Merupakan komponen tranmission gigi depan (biasanya terdiri dari 2 -3 Chain Rings). Berfungsi menghubungkan rantai dengan Crankset.


15. Chain
Chain (Rantai)
--Rantai. Merupakan komponen yang sangat vital fungsinya kerana inilah yang bertugas menghubungkan Crankset Chain Ring dengan komponen Roda belakang, sehingga basikal dapat bergerak dengan pantas.


16. Idler Pulley
Idler Pulley
--Merupakan bahagian dari Rear Derailleur (RD), berupa gigi-gigi kecil disertai tension yang berfungsi agar chain (rantai) tetap lurus dan tidak kendur.

17. Front Derailleur
Front Derailleur dari SRAM XX
--Merupakan komponen vital pada basikal MTB, berfungsi dalam mengatur pemindahan gigi depan (chain rings). Lebih dikenali dengan istilah FD, terhubung secara langsung dengan Shifter.


18. Rear Derailleur

Rear Derailleur dari SunRun
--Merupakan komponen vital pada basikal MTB, berfungsi untuk mengatur pemindahan gigi belakang. Lebih dikenali dengan istilah RD, juga terhubung secara langsung dengan Shifter.


19. Rims
Mountain Bike Rims
--Merupakan komponen Wheelset (roda) basikal.


20. Tire (Tayar)

Contoh tayar bagi Mountain Bike
--Diperbuat daripada getah, 
Tips: Sesuaikan jenis dan ukuran tayar dengan kegunaan anda. Ukuran tayar untuk jenis road biasanya tapak kecil dan bermotif corak bunga tayar standard. Untuk ada yang menggemari offroad atau downhill pilihlah jenis tayar dengan tapak lebar dan motif corak bunga tayar khusus untuk full offroad.


21. Front Fork
Fork dari brand Rock Shox XX
--Suspension depan, Merupakan bahagian basikal yang berfungsi menghubungkan roda (whellset) depan dengan handlebar. Fork yang berada di pasaran terdapat dalam pelbagai jenis, brand dan ukuran. 
Tips: Sesuaikanlah jenis dan ukuran fork dengan keselesaan anda, untuk jalanraya biasa gunakan fork dengan panjang travel standard, sedangkan untuk penggemar downhill biasanya menggunakan travel yang panjang.


22. Master Dish-brake

Dish-Brake
--Merupakan komponen brake, umpama rumah bagi brek. Komponen ini berfungsi untuk menngepit dish-brake ketika kita melakukan brek. Untuk jenis Brake konvensional (V-brake) komponen ini tidak ada fungsinya digantikan oleh brakepad.


23. Disk Brake

Disk Brake
--Cakra, Berbentuk seperti piring terhubung langsung dengan wheelset baik depan atau belakang. Disk Brake tidak ada untuk jenis V-brake.


24. Spokes
Spokes / Jejari pada rim basikal

--Merupakan jejari, menghubungkan Hub dengan Rims. Terdapat dalam pelbagai warna.


25. Hub

Contoh Hub
--Terletak ditengah roda dan di sinilah jejari dan Rims terhubung. Komponen didalamnya terdapat bearing.

Jadi macam mana? ada bahagian basikal yang tertinggal tak? Bolehla komen di bawah..



'jOm KayuH!'
Copyright ⓒ2012. All Right Reserved by Puncak Bikers Cycling Community