Welcome to puncakbikers.blogspot.com Kami adalah komuniti berbasikal dan sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sangat dialu-alukan..

Tuesday 31 July 2012

Kenali Jenis-jenis Rangka (Frame) Basikal

Salam Rider-rider semua.

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang jensi-jenis frame basikal yang terdapat di seluruh dunia. Mungkin ada dari anda yang memiliki frame-frame dari jenis dibawah? Jom sama-sama kita lihat.

Semoga entri kali ini dapat membantu kita dalam pemilihan frame yang sesuai pada fungsi dan penggunaan kita. Selain itu, diharap agar kita dapat mengetahui dari bahan apa frame basikal kita dibuat supaya dapat mengenalpasti cara menjaga serta memelihara frame yang sesuai dengan keadaan frame itu sendiri.

Bukan semua frame basikal dihasilkan sama antara satu sama lain. Perkara utama pada mana-mana basikal ialah bingkainya. Ia boleh menjadi satu perkara yang perlu kita ambil tahu dan faham bagaimana ia telah dibuat dan apa ertinya untuk anda, penunggang basikal. Sasaran mana-mana keluaran frame ialah untuk menawarkan kekuatan luar biasa dengan berat minimum. Bagaimanapun, kekuatan sesebuah frame itu bersangkut oleh banyak faktor. Sama ada frame ialah aluminium atau chromoly, itu adalah hanya bahagian yang kebanyakannya sama. Cara dan bahan-bahan yang digunakan adalah sama penting.

Yang mana Material yang sesuai untuk anda?

Ia bergantung kepada banyak faktor - Cara menunggang basikal anda, berat anda,perasaan mengayuh anda—semuanya memainkan satu peranan dalam pilihan material anda. Perenggan-perenggan berikut menjelaskan jenis material berbeza yang biasanya digunakan di atas basikal-basikal.Beberapa basikal yang dihasilkan diperbuat daripada logam-logam eksotik.

1. Carbon (High-tensile) Steel

Keluli ialah bahan yang paling biasa digunakan dalam pembuatan frame-frame basikal. Keluli karbon atau High-Tensile adalah baik serta keluli tahan lama yang kuat, tetapi ia tidak seringan 'saudara'nya yang lebih canggih, iaitu keluli yang dikenali sebagai chromoly.

Contoh rangka yang diperbuat dari Carbon (High-tensile) Steel


2. Chromoly (Chrome Molybdenum) Steel

Dikenali sebagai ' a Workhorse of the Industry', chromoly ialah satu keluli yang kuat dan ringan. Ia dibentuk untuk mengurangkan lebihan berat, ia boleh menjadi satu frame yang agak ringan dan akan tahan bertahun-tahun walaupun atas penggunaan yang kerap. Chromoly amat responsif dan menawarkan lenturan sambil memelihara bentuk asalnya.
Contoh rangka dari material Chromoly (Chrome Molybdenum) Steel


3. Aluminum

Harga bahan ini agak murah dan sangat umum digunakan pada basikal biasa dan profesional. Materialnya ringan dan anti karat tapi sambungannya cukup besar ini disebabkan ketebalannya alumunium 1/3 dari hi-tensile steel dan 1/3 lebih ringan serta umumnya tiub framenya selalu dibuat lebih besar. Warna dasarnya silver kelabu.  Selalunya datang dalam tiub oversized yang lama. Aluminium pada masa sekarang adalah kurang mahal dan digunakan secara meluas oleh kebanyakan basikal hari ini. Ianya ringan, kuat dan kukuh. Dengan rekabentuk yang sesuai ia boleh memberikan penunggangan yang padu dalam menaiki bukit atau dalam mengendalikan trek yang sukar.

Contoh frame dari material Aluminium
4. Titanium

Harganya termasuk yang paling mahal kerana bahannya cukup ringan dan sangat kuat, berwarna grey dan tidak berkarat. Kekuatannya sama dengan hi-tensile steel tetapi jisimnya 1/2 kali lebih ringan begitu juga dengan ketebalannya hanya separuh dari besi. Ia lebih ringan dan kuat daripada keluli, logam ini lebih mahal dan biasa didapati di high-end road atau cross country mountain-bikes. Ia sangat fleksibel dalam memelihara bentuknya yang beberapa high-end bikes sangat canggih menggunakan logam ini sendiri sebagai satu 'shock absorber'. 

Contoh frame dari titanium
5. Carbon Fiber

Cuba ambil gentian karbon dan letakkan secara selari dan berterusan serta meletakkan mereka bersama dengan pelekat. Ini akan menjadi satu lapisan. Beberapa lapisan dibuat seperti seperti 'laminating' untuk membentuk satu lapis (seperti papan lapis). Dan kepingan itu, jika dibuat dengan betul, ia boleh menjadi betul-betul kuat dan juga ringan. Jadi mengapa tidak semua basikal dibuat daripada gentian karbon? Ia cenderung untuk menjadi rapuh. Fakta bahawa logam boleh membengkok dan mendapatkan semula bentuknya ialah apa yang membuatkan ia kekal. Disebabkan oleh ini,basikal-basikal gentian karbon ini dibina lebih kukuh daripada yang dikehendaki.

Antara frame dari Gentian Karbon

Haa.. macam mana? ada yang tertinggal tak jenis-jenis karbon yang saya sebutkan di atas? jika ada, bolehla komen kat bawah ni ye. Almaklumla saya pun budak baru belajar. 

Dalam entri seterusnya, saya akan berkongsi tentang 'Apa yang harus kita lihat pada sesebuah frame'..

Nantikan... :)


'jOM KaYuh!'

Kayuhan Malam ke Stadium Bukit Jalil. 10 Ramadan 1433H, July 30, 2012

Salam Rider-rider sekalian,

Selamat hari Selasa. Hari ini hari ke-11 umat Islam menjalani ibadah puasa. Hari ini kebanyakan tempat hujan kan? Pasti ramai yang terlewat pegi keje arini. hehe..

Baru semalam saya berkongsi tentang kayuhan lepas gian geng-geng PUNCAK BIKERS, semalam 10 Ramadan 1433H mereka telah melaksanakan satu lagi kayuhan dari kawasan perumahan Taman  Puncak Jalil ke Stadium Bukit Jalil. Bersemangat sungguh mereka ni kan?

Jom kita layan gambar-gambar di bawah ( 28 Gambar ) :

Permulaan yang steady bagi rider-rider Puncak Bikers

ikut arahan Traffic Light 

Meredahi kepekatan malam

Sampai suda Stadium Bukit Jalil

Otai Puncak Bikers berposing dulu

Rider contoh malam tu.. (cube teka kenapa) haha

Posing lagi..

Apela yang mereka tengok tu.. 

Wajah-wajah rider Puncak Bikers

Fixie pun ada.. :)

Bercahya stadium malam tu



Buat wheelie sat.. hehe

Jom lumba sapa sampai dulu!



Singgah di uptown bukit jalil

Pekena sat dan layan bola

Sahur sekali ke tu? hehe

Singgah di kedai 'pro-rider' Amir Asyraf

Yeay! beli jersey ngan topi

Meriah betul kan?

Haa.. pilih bang pilih2..

Beli lampu dan anda akan dapat pemasangan percuma.. hehe

Sapa yang berminat nak cari aksesori basikal, bolehla mengunjungi kedai ni kat uptown Bukit Jalil

Dapat Jersey satu..



Bergambar sebelum berkayuh pulang..


Haa.. Best kan? Ade rider Puncak Bikers lain yang tak menyertai kayuhan kali ini mesti rasa rugi kan? Takpe, insya-Allah next time. Ade lagi tak siri kayuhan seterusnya?

Tungguuuu.....





'jOm kAyUH!'

Monday 30 July 2012

Basikal Futuristik

Salam Rider-rider semua,

Untuk entri kedua pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang design basikal futuristik atau dalam erti kata lain, basikal masa hadapan. Tak taulah samada ia benar-benar akan dilaksanakan atau sekadar imaginasi designer itu sendiri.

Rekaan basikal futuristik ini agak menarik pada pandangan saya. Sekali pandang macam motosikal pun ade.. hehe.. Apa kata anda?














Haa.. macam mana? menarik kan? ada yang teringin tak rasa-rasanya?



'jOM KaYuh!'

Kayuhan Malam (Lepas Gian) , July 29 2012 bersamaan 9 Ramadan 1433h

Salam Rider-rider sekalian,

Selamat kembali ke minggu yang baru. Setelah dua hari blog ini senyap tanpa post baru, hari ini kami ingin berkongsi tentang kayuhan malam yang telah dijalankan pada malam 29 Julai yang lepas.    Kayuhan ini disertai oleh geng-geng gagah  'Puncak Bikers' (ceewahh).

Kayuhan bermula dari kawasan perumahan Taman Puncak Jalil (PUJ8) sehingga 7-Eleven Bandar Kinrara 4. Haa.. agak jauh la juga kan? sudah semestinya dapat melepas gian mereka ini untuk berkayuh. Almaklumla bulan puasa ni memang terbatas sikit nak berkayuh waktu siang. Jadi peluang berkayuh pada waktu malam ini mereka telah gunakan dengan sebaik mungkin.

Lepas ni ade lagi ke kayuhan Ramadhan? Sama-sama kita nantikan. Memandangkan hari ini sudah hari ke-10 berpuasa, ada lagi 19 hari nak raya! yeay! :)

Jom kita layan gambar-gambar mereka malam tu.. :

Nampak lengang je jalan malam tu

Friday 27 July 2012

Jenis-jenis Mountainbike

Salam Jumaat Rider-rider sekalian,

Jika semalam entri tentang fakta menarik basikal fixie, hari ini saya ingin berkongsi tentang jenis-jenis mountainbike pula, Haa.. Mesti ramai yang nak tau kan sebab kebanyakan dari kita menggunakan mountainbike atau basikal gunung ini tak kisahla dari apa jenama sekalipun.

Apabila mula-mula kita kenal dengan Mountainbike (MTB), bila kita lihat sahaja basikal dengan 'fork' depan, tayar lebar menggerutu, ada pelbagai gear, maka kita kata itulah MTB. Bila dah lama sedikit berkecimpung dalam berbasikal, macam-macam bentuk dan jenis basikal yang kita akan jumpa. Jadi sambil-sambil kita kayuh basikal kita, mari kita cuba mengenali jenis-jenis MTB dengan lebih terperinci. Kita akan lihat dari 2 aspek. dari segi rekabentuk jenis rangka dan disiplin tunggangan.

KATEGORI BASIKAL MTB MENGIKUT JENIS RANGKA (FRAME)

Mengenai jenis rangka basikal gunung. Dari sudut kategori rangka, MTB boleh dibahagikan kepada:


Rangka Keras (Rigid Frame)

















Dari namanya sudah boleh diagak yang basikal ini tidak mempunyai  'fork'  depan dan belakang. Keras! Ini adalah rekabentuk rangka-rangka awal MTB. Dengan penemuan logam dan bahan yang boleh melentur (flex) seperti gantian karbon dan titanium, sepit udang tegar kembali popular di kalangan mereka yang meminati rangka keras yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Jenis basikal ini paling banyak di Malaysia. Jarang dibawa masuk denai kerana boleh mendatangkan gegaran maksimum kepada si penunggang.


Ekor Keras (Hardtail)




Basikal yang mempunyai 'fork' depan sahaja.  'Fork'  depan boleh melantun naik dan turun untuk menyerap hentakan manakala bahagian belakang (ekor) tiada sebarang penyerap hentak. Jarak ampaian bergantung kepada geometri kerangka dan disiplin tunggangan. Bermula dari sependek 80mm sehingga 140mm. Bahagian ekor tidak mempunyai penyerap hentakan. Penunggang masih boleh merasa gegaran yang dihantar dari bahagian ekor. Gegaran tidaklah sehebat gegaran basikal keras.



Ekor Lembut (softail)















Sekali pandang nampak sama saja basikal ekor keras dengan ekor lembut. Di mana bezanya? Cuba perhatikan penyerap hentakan pada sambungan rangka pelana dengan tiub pelana. Rekabentuk ekor lembut ini unik. Ia bagaikan kacukan di antara ekor keras dengan  'fork'  penuh. Basikal ekor lembut mempunyai satu  'fork'  kecil pada bahagian kerangka pelana (seat stay) yang menyambungkan rangka pelana dengan tiub pelana. Tiada pangsi penyambung pada kerangka rantai (chain stay) dengan braket bawah. Gerakan naik turun kerangka belakang ditentukan oleh tahap kelenturan bahan yang digunakan untuk membuat kerangka rantai.


'Fork' penuh (Full suspension)


Kategori ini mempunyai  'fork' depan dan belakang. Rangka dibahagi kepada 2 bahagian. Rangka depan dan belakang atau ekor. Rangka belakang mempunyai satu sistem  'fork'  dan disambung dengan rangka hadapan. Rangka belakang disambung dengan rangka depan menggunakan sama ada satu pangsi (pivot) atau lebih dari satu pangsi. Jarak  'fork'  ditentukan oleh geometri rangka. Bila terhenyak, terlanggar bonggol dan sebagainya, bahagian yang terampai ini akan bertindak menyerap hentakan-hentakan dan sang penunggang terselamat daripada terpaksa mengangguk-anggukkan kepala.



JENIS MTB MENGIKUT DISIPLIN KAYUHAN

Meninjau kategori MTB mengikut jenis kayuhan yang dipengaruhi oleh bentuk mukabumi dan denai yang dilalui, bukan ditentukan oleh sang pengayuh. Jangan la pula terkeliru dengan disiplin yang dipilih oleh sang pengayuh. Contoh mudah, kalau ada seorang pengayuh yang menggunakan basikal hardtail untuk melungsur turun bukit, tidak menjadikan basikal itu sebuah basikal downhill. Bukanlah bermakna basikal ekor keras tidak boleh digunakan untuk melungsur turun bukit, cuma rangka itu mungkin tidak dapat bertahan siksaan menuruni bukit. Terpulang kepada pandangan masing-masing.


Merentas Desa (Cross Country)


Basikal kategori ini direka berkisar kepada dua faktor utama - ringan dan kecekapan kayuhan. Rekabentuknya biasanya mempunyai sudut tiub kepala dan tiub pelana yang curam untuk memaksa pengayuh membongkokkan badan sedikit ke depan waktu mengayuh. 'Fork'nya minima supaya setiap tenaga yang digunakan dihantar kepada tayar belakang untuk menggerakkan basikal dan tidak diserap oleh sistem ampaian. Bahan yang biasa digunakan ialah aluminium, gentian karbon, campuran logam, titanium, kromoli dan sebagainya untuk mendapat rangka seringan mungkin dengan kekuatan yang cukup untuk menanggung segala cabaran ringan tatkala kayuhan rentas desa. Untuk penghantaran kuasa, basikal ini biasa dilengkapi dengan 3 gegancu hadapan dan 9 gegancu belakang dengan variasi nisbah gear yang besar untuk kilasan kayuhan (torque) vs jarak perjalanan.

Tatarajah basikal XC tipikal
CiriButiran
Rangkaekor keras, ekor lembut atau 'fork'penuh
Geometritiub kepala 70°, tiub pelana 73°, tapak roda 43 inci
Berat10kg - 13.5kg (20 - 30 paun)
Jarak 'fork'80mm - 100mm (3in - 4in), depan dan/atau belakang
Jenis 'fork'redaman angin
Setup roda depanRim XC ringan 32 lubang
Setup roda belakangRim XC ringan 32 lubang
Saiz tayar1.9 - 2.3
BrekV - brek atau disc dengan cakera 6 inci
Saiz engkol175mm - 180mm
Gegancu hadapan3 keping 24 - 32 - 48
Gegancu belakang9 keping 11 - 34T
Stem70mm - 130mm, 6 darjah
Hendal23in - 25in panjang, lekuk 0 - 1.5in, 5° ke belakang, 4° ke atas



Semua Bukit (All Mountain - AM)
















Bentuk kayuhan semua bukit merupakan kacukan di antara disiplin rentas desa dengan kayuh bebas (Free Ride). Ringkasnya boleh dikatakan XC yang ekstrim. Jenteranya direka untuk kecekapan kayuhan tetapi rangkanya lebih berat dan tegap untuk menghadapi kayuhan teknikal ganas dan melibatkan sedikit sebanyak lompatan. Basikal ini biasanya mempunyai jarak 'fork' yang lebih panjang berbanding basikal XC. Rangkanya lebih berat kerana menggunakan tiub yang lebih tebal. Juga ditokok dengan pesak (gusset) yang dipasang pada sambungan-sambungan kritikal, pada sambungan tiub atas dengan tiub kepala misalnya, untuk mengukuhkan lagi rangkanya. Untuk pemindahan tenaga, mesin dilengkapi dengan 3 gegancu hadapan dan 9 gegancu belakang untuk memberikan banjaran gear yang luas.
Tatarajah basikal all mountain yang tipikal
CiriButiran
Rangka'fork' penuh
Geometritiub kepala 68°, tiub pelana 73°, tapak roda 45in
Berat12.5kg - 16kg (28-35 paun)
Jarak ampaian100mm -150mm (4in - 6in), depan dan/atau belakang
Jenis ampaianredaman angin, ampaian spring gegelung
Setup roda depanRim serbaguna, 32 lubang, gelendong cepat lepas
Setup roda belakangRim serbaguna 32 lubang, gelendong kunci bol
Saiz tayar26in, 2.25 - 2.5
Brekcakera 6 inci depan belakang
Saiz engkol175mm
Gegancu hadapan3, 22t~46t
Gegancu belakang9, 11t~ 34T
Stem50mm - 90mm, 6 darjah
Hendal24in - 26in panjang, lekuk 0 - 1.5in, 5° ke belakang, 4° ke atas



Freeride (FR)




















Basikal FR direka untuk menanggung deraan lompatan besar dan tunggangan teknikal yang ekstrem. Mungkin termasuk dalam kategori basikal paling versatil dalam disiplin tunggangan ekstrem teknikal. Ditambah dengan perkembangan dan kemajuan teknologi ampaian dan rangka belakang, basikal FR mampu dikayuh untuk kerabat bukit (walau tidak sehebat basikal XC) dan boleh dikendalikan pada kelajuan rendah walaupun pada kedudukan pelana yang rendah. Biasanya menggunakan hanya satu gegancu hadapan dengan 9 gegancu belakang. Ini bertujuan memendekkan rantai yang akan mengurangkan tamparan rantai dan tersalah tukar gear.
Tatarajah basikal freeride yang tipikal
CiriButiran
Rangka'Fork'penuh
Geometritiub kepala 66°, tiub pelana 71°, tapak roda 45.5in
Berat14.5kg - 20kg (32-45 paun)
Jarak 'fork'+150mm (+ 6in), depan dan/atau belakang
Jenis 'fork'redaman angin,  'fork'  spring gegelung
Setup roda depanRim tugas berat, 36 lubang, gelendong 20mm gandar tembus
Setup roda belakangRim tugas berat, 36 lubang, gelendong 10mm kunci bol
Saiz tayar26in, 2.5 - 2.7
Brekhidrolik, cakera 8 inci (203mm) depan belakang
Saiz engkol170mm
Gegancu hadapantunggal, 32t~46t
Gegancu belakang9, 12t~ 34T
Stem30mm - 70mm, 10°
Hendal24in - 27in panjang, lekuk atas 1.5”-2.5”, 9° ke belakang, 4° ke atas



Turun Bukit (Downhill – DH)






















Untuk melungsur dan meluncur turun bukit, basikalnya mesti mampu menahan deraan tunggangan teknikal ekstrem pada kelajuan tinggi. Biasanya dilengkapi ampaian sehingga 8 inci untuk meratah lompatan-lompatan tinggi, menerjun dari tebing-tebing curam dan taman-taman batu selagi mana si penunggang berani menerjah. Tapak rodanya panjang dan pelana rendah untuk kestabilan, membuatkan ianya tidak sesuai untuk kayuh-kayuh santai pada denai-denai biasa. Mendaki dengan jentera ini jauh sekali. Biasanya di bawa naik ke puncak bukit dengan kenderaan lain – trak, kereta kabel atau helikopter! Atau…Tolak la sendiri.
Tatarajah basikal turun bukit yang tipikal
CiriButiran
Rangka'Fork' penuh
Geometritiub kepala 64 drj, tiub pelana 65, tapak roda 47in
Berat15.5kg - 27kg (35-60 paun)
Jarak 'fork'150mm - + 200mm(6in - + 8in), depan dan/atau belakang
Jenis 'fork'redaman minyak,  'fork'  gegelung
Setup roda depanRim DH, 36 lubang, gelendong 20mm
Setup roda belakangRim DH, 36 lubang, gelendong 10mm kunci bol
Saiz tayar26in, 2.3 – 3.0
Brekhidrolik, cakera 8 inci depan belakang
Saiz engkol170mm
Gegancu hadapantunggal, 32t~46t
Gegancu belakang9, 12t~ 34T
Stem30mm - 70mm, 10 darjah
Hendal26in - 28in panjang, lekuk atas 1.5”-2.5”, 9 darjah ke belakang, 4 darjah ke atas
So, macam mana? Dah dapat kenal pasti basikal MTB idaman anda? 
Semoga pengetahuan ini dapat kita guna pakai dan berkongsi bersama rakan-rakan yang lain. Jika ada fakta atau apa2 yang silap dalam entri kali ini bolehla tegur k? Kalau salah kita sama-sama betulkan.

'Jom KayUh!'
Copyright ⓒ2012. All Right Reserved by Puncak Bikers Cycling Community