Welcome to puncakbikers.blogspot.com Kami adalah komuniti berbasikal dan sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sangat dialu-alukan..

Thursday 26 July 2012

10 Fakta Menarik tentang Basikal Fixie


Salam Rider-rider semua,

Maaflah sebab dah lama tak update entri dalam blog PB ni.. Al-maklumlah bulan puasa ni aktiviti berbasikal pun kurang kan?

Basikal Fixie


Jadi untuk entri kali ini, kita 'off topic' sikitlah ye? hehe.. Haa.. kali ini saya ingin kongsikan fakta-fakta menarik tentang basikal fixie. Lagipun sekarang ni banyak juga kan kita nampak orang kayuh basikal fixie ni. So, walaupun kita semua kbanyakan menggunakan basikal gunung 'mountain bike', bolehla kita baca fakta ini supaya kita tahu serba sedikit tentang basikal fixie. Mana tau, ada yang berminat nak kayuh fixie pulak ke.. kan? 

Antara skill-skill fixie


Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan 'fixed-gear' kerana basikal ini tidak mempunyai free wheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal fixie tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.

Jom kita baca fakta-fakta menarik tentang basikal fixie ini :

1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.

2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.

3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai 'skidding'.

4. Sesetengah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisien.

5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.

6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.

7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.

Komuniti Fixie



8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.

9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk 'coasting' dimana pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.

10. Sesetengah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih 'feel' kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

So, macam mana? agak menarik kan? Insya-Allah saya akan kongsikan fakta menarik tentang mountainbike pula ye?

'jOM kAyuh!'

No comments:

Post a Comment

Copyright ⓒ2012. All Right Reserved by Puncak Bikers Cycling Community