Welcome to puncakbikers.blogspot.com Kami adalah komuniti berbasikal dan sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sangat dialu-alukan..

Wednesday 18 July 2012

Panduan Penggunaan Gear Pada MountainBike



Mungkin anda sering mendengar soalan berikut, “Gear mana yang saya perlu gunakan, adakah gear kecil atau besar?”. Jawapannya adalah bergantung kepada diri anda dan keadaan. Semua orang mempunyai kekuatan kaki yang berbeza, tahap kecergasan berbeza dan kemahiran yang juga berbeza. Sebahagian kita sering menggunakan gear ringan dan sebahgaian lain sebaliknya.

Sebagai contoh, lihat pada 2 ikon rider di Tour de France iaitu Jan Ulrich dan Lance Armstrong. Ulrich sering menggunakan gear yang lebih berat manakala Armstrong sebaliknya. Namun kedua-duanya cukup laju ketika mendaki atau ketika melakukan ‘time trial’.

Setiap orang mempunyai zon kayuhan selesanya sendiri. Kayuhan menggunakan cadence (pusingan/minit) yang tinggi akan meletakkan banyak bebanan ke atas kemampuan aerobic (pernafasan) anda. Pada kelajuan yang sama, rider yang fit akan mampu bertahan lebih lama pada kadar 90 rpm menggunakan gear lebih ringan berbanding 60 rpm pada gear lebih berat.

Bereksperimen dengan diri anda untuk mendapat gabungan gear dan cadence yang sesuai untuk anda.



Penggunaan gear yang sempurna

Dengan menggunakan MTB dengan 9 kelajuan, anda akan mendapat sebanyak 27 kombinasi gear. Yang mana satu perlu anda gunakan? Secara asasnya pengunaan gear belakang adalah perlu untuk menyesuaikan dengan pertukaran keadaan trail atau tahap dakian. Manakala gear depan adalah untuk kegunaan sekiranya terdapat perubahan mendadak kepada keadaan trail. Gunakan gear hadapan (chainring) seperti berikut:
Ring besar (big ring): Downhill atau kayuhan laju di permukaan rata
Ring tengah (middle ring): Pendakian sederhana atau kayuhan perlahan di permukaan rata
Ring kecil (granny ring): Pendakian panjang atau pun curam

Kekalkan rantai anda di kedudukan paling lurus

Secara teorinya, anda boleh mengubah rantai ke keseluruhan 9 kelajuan pada cassette (cog) belakang sambil mengekalkan gear depan pada mana-mana ring. Tetapi ia boleh mengakibatkan rantai terlompat gear, merasa kasar dan rantai serta cassette akan cepat haus.

Dalam banyak keadaan, adalah lebih baik anda menggunakan ring tengah. Dengan kombinasi gear belakang yang banyak akan dapat membantu anda melepasi pelbagai situasi. Satu fakta menarik ialah, ramai dari downhiller yang kuat akan hanya menggunakan satu ring bersama chainguide pada basikal cross country mereka.

Kekalkan ketegangan rantai anda agar ia tidak mudah terjatuh. Elakkan menggunakan ring kecil dan cog terkecil. Ini akan membuatkan rantai anda senang terjatuh terutama ketike menuruni downhill yang agak kasar.
Ratio penggunaan gear yang betul mengikut ring pada crank


Tukar gear dengan lembut dan tidak tergesa-gesa. Jika anda melihat terdapat dakian mengejut di hadapan, tukar gear anda di awal dakian tersebut. Penukaran secara mengejut boleh mengakibatkan tekanan berlebihan pada rantai dan boleh mengakibatkannya terputus. Pusingkan crank dengan agak perlahan semasa melakukan penukaran gear.


'jOM kAyuh!!'

No comments:

Post a Comment

Copyright ⓒ2012. All Right Reserved by Puncak Bikers Cycling Community