Welcome to puncakbikers.blogspot.com Kami adalah komuniti berbasikal dan sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sangat dialu-alukan..

Wednesday 8 August 2012

Azizulhasni dapat tempat Keenam




LONDON: Kegagalan Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat buat negara tidak mengundang rasa kecewa Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) yang menyifatkan pelumba harapan itu sudah memberikan yang terbaik.
“Untuk berada dalam kelompok keenam pelumba terbaik dunia adalah satu pencapaian yang membanggakan,” kata pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad. “Jadi, tiada apa yang perlu dikesalkan.”
Timbalan Presdien PKBM itu berkata, Azizulhasni sudah berusaha untuk menghidupkan impian pingat menerusi kemaraannya ke final acara keirin, tapi tidak bernasib baik kerana mendapat seeding yang kurang bagus di garisan permulaan.

“Oleh sebab itu, dia gagal mendapatkan tempat di bahagian depan seperti mana dilakukannya pada setiap perlumbaan sebelum itu sehingga terpaksa mengekori dari belakang.

“Bila tiba masanya untuk memecut, dia pula terkepung oleh pelumba Jerman dan Belanda sehingga menyukarkannya untuk keluar,” katanya.

Azizulhasni menghuni tempat tercorot daripada enam pelumba yang menyaksikan pelumba tuan rumah, Chris Hoy meraih pingat emas ketiganya di London 2012 dan keenam sejak Beijing 2008. Tempat kedua menjadi milik Maximilian Levy dari Jerman manakala Simon van Vel Vellthooven (New Zealand) dan Teun Mulder (Belanda) berkongsi gangsa.

“Kami sebenarnya ingin membuat bantahan terhadap Levy dan Mulder kerana mengepung Azizul tapi membuat keputusan sebaliknya lantaran pelumba kita itu mendapat tempat keenam. Jika Azizul dapat tempat keempat atau kelima, kita mungkin membuat bantahan,” kata Naim.

Acara keirin itu adalah yang terakhir untuk sukan berbasikal yang menutup tirai semalam.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment

Copyright ⓒ2012. All Right Reserved by Puncak Bikers Cycling Community