Welcome to puncakbikers.blogspot.com Kami adalah komuniti berbasikal dan sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sangat dialu-alukan..

Wednesday, 1 August 2012

Mengenali Bahagian-bahagian Basikal Gunung (Mountainbike)


Salam Rider-Rider semua.

Entri kali ini mungkin amat berguna bagi kita. Walaupun mungkin sudah ramai yang tahu tentang komponen-komponen yang terdapat pada basikal kita, tetapi tidak salah kan untuk menambah pengetahuan kita?

Disini diterangkan tentang 25 komponen yang terdapat pada basikal kita. Jom kita tengok.. :)


1. Handle Bar
Handlebar
--Lebih dikenali dengan pengemudi, pada MTB ada beberapa jenis iaitu Monkey bar, Rise bar dan Standard bar. Handle bar umpama kokpit basikal kita, mengontrol gigi transmission, Rem depan-belakang terdapat di handlebar ini. Pilihlah handle bar yang sesuai dengan keupayaan anda.


2. Top Tube

Top Tube

--Merupakan komponen dari frame basikal bahagian atas, 
Tips: Sesuaikan ukuran frame dengan tubuh anda





3. Down Tube
Down Tube
--Merupakan komponen dari frame basikal, melintang dari HeadSet terus kepada Top Tube Seat, Stay dan BB (buttom Bracket).


4. Shifter
Shifter dari brand SLX Shimano
--Groupsets (komponen) penukar gigi tranmission, berfungsi untuk menggerakan FD (front derailleur) dan RD (rear derailleur), Shifter yang berada dipasaran untuk penggerak RD mencapai 9 – 10 speed, untuk Shifter FD biasanya hanya terdiri 2 – 3 speed.


5. Handgrip
Handgrip
--Umpama pembalut Handlebar biasanya diperbuat daripada getah (pita getah) bergantung kepada penggunaan. Jika boleh, pastikan Handgrip tidak berpusing pada handlebar ketika kita berkayuh, handgrip yang terlalu tebal atau terlalu tipis akan mengurangkan keselesaan kita dalam berbasikal.


6. Brake Lever
Contoh Brake Lever dari brand SRAM XO
--Tuas Rem (depan-belakang) diletakkan Brake laver dengan kesesuaian anda ketika berbasikal, Pastikan jari tangan anda dapat meraih dengan mudah lever (tuas) ini.


7. HeadSet
Headset menyambungkan frame dan fork
--Bahagian depan Frame yang didalamnya terdapat bearing dan komponen lain serta berfungsi untuk menghubungkan Fork (suspension) depan dengan stem dan handlebar.

8. Stem
Stem dari brand GIANT
--Merupakan juga bahagian kokpit basikal kita, berfungsi untuk menghubungkan handle bar – Headset dan Fork depan. Stem ada dalam beberapa ukuran untuk fork depan yang panjang (long travel) serta bentuk stem berbeza dengan stem standard.
Tips: jika anda merasa stem anda terlalu panjang dan kita berbasikal terasa membongkok anda boleh menggantinya dengan ukuran stem yang lebih pendek mengikut keselesaan anda.


9. Saddle
Saddle dari Bontrager
--Saddle bermaksud tempat duduk basikal atau biasa kita sebut seat basikal, untuk basikal MTB biasanya berukuran lebih tebal jika dibandingkan dengan roadbike. Kedudukan Saddle haruslah benar-benar lurus (horizontal), serta kedudukannya haruslah tidak terlalu jauh atau terlalu dekat dengan handlebar.
Tips: Posisi yang salah akan mengakibatkan ketidakselesaan ketika kita berbasikal serta boleh mengakibatkan kecederaan atau kesakitan pinggang.


10. SeatPost

Seatpost
--Kedudukan seatpost seperti penghubung antara saddle dengan frame basikal, posisi vertikal dsesuaikan dengan keselesaan anda. 
Tips: Cuba naik basikal pada keadaan berhenti, luruskan kaki anda hingga benar-benar dapat menjejaki pedal. Jika keadaan kaki masih rasa tidak boleh lurus padahal posisi pedal sudah dibawah hal ini menunjukkan bahawa seatpost anda kurang tinggi. Ukurlah seatpost hingga benar-benar sesuai dengan ketinggian anda.


11. Seat Stay
Seat Stay
--Merupakan bahagian belakang frame. Untuk MTB dual suspension Seat Stay biasanya berupa swing arms terhubung dengan frame menggunakan suspension belakang.

12. Pedals
Pedals (Pengayuh)
--Merupakan komponen untuk memutarkan Bottom Bracket dan Crankset sehingga basikal boleh bergerak (digerakkan ketika kita mengayuh basikal).


13. Crank Set 
Crankset dari SRAM XX
--Komponen seperti lengan yang menghubungkan pedals dengan chain rings.


14. Chain Ring

Chain Ring
--Merupakan komponen tranmission gigi depan (biasanya terdiri dari 2 -3 Chain Rings). Berfungsi menghubungkan rantai dengan Crankset.


15. Chain
Chain (Rantai)
--Rantai. Merupakan komponen yang sangat vital fungsinya kerana inilah yang bertugas menghubungkan Crankset Chain Ring dengan komponen Roda belakang, sehingga basikal dapat bergerak dengan pantas.


16. Idler Pulley
Idler Pulley
--Merupakan bahagian dari Rear Derailleur (RD), berupa gigi-gigi kecil disertai tension yang berfungsi agar chain (rantai) tetap lurus dan tidak kendur.

17. Front Derailleur
Front Derailleur dari SRAM XX
--Merupakan komponen vital pada basikal MTB, berfungsi dalam mengatur pemindahan gigi depan (chain rings). Lebih dikenali dengan istilah FD, terhubung secara langsung dengan Shifter.


18. Rear Derailleur

Rear Derailleur dari SunRun
--Merupakan komponen vital pada basikal MTB, berfungsi untuk mengatur pemindahan gigi belakang. Lebih dikenali dengan istilah RD, juga terhubung secara langsung dengan Shifter.


19. Rims
Mountain Bike Rims
--Merupakan komponen Wheelset (roda) basikal.


20. Tire (Tayar)

Contoh tayar bagi Mountain Bike
--Diperbuat daripada getah, 
Tips: Sesuaikan jenis dan ukuran tayar dengan kegunaan anda. Ukuran tayar untuk jenis road biasanya tapak kecil dan bermotif corak bunga tayar standard. Untuk ada yang menggemari offroad atau downhill pilihlah jenis tayar dengan tapak lebar dan motif corak bunga tayar khusus untuk full offroad.


21. Front Fork
Fork dari brand Rock Shox XX
--Suspension depan, Merupakan bahagian basikal yang berfungsi menghubungkan roda (whellset) depan dengan handlebar. Fork yang berada di pasaran terdapat dalam pelbagai jenis, brand dan ukuran. 
Tips: Sesuaikanlah jenis dan ukuran fork dengan keselesaan anda, untuk jalanraya biasa gunakan fork dengan panjang travel standard, sedangkan untuk penggemar downhill biasanya menggunakan travel yang panjang.


22. Master Dish-brake

Dish-Brake
--Merupakan komponen brake, umpama rumah bagi brek. Komponen ini berfungsi untuk menngepit dish-brake ketika kita melakukan brek. Untuk jenis Brake konvensional (V-brake) komponen ini tidak ada fungsinya digantikan oleh brakepad.


23. Disk Brake

Disk Brake
--Cakra, Berbentuk seperti piring terhubung langsung dengan wheelset baik depan atau belakang. Disk Brake tidak ada untuk jenis V-brake.


24. Spokes
Spokes / Jejari pada rim basikal

--Merupakan jejari, menghubungkan Hub dengan Rims. Terdapat dalam pelbagai warna.


25. Hub

Contoh Hub
--Terletak ditengah roda dan di sinilah jejari dan Rims terhubung. Komponen didalamnya terdapat bearing.

Jadi macam mana? ada bahagian basikal yang tertinggal tak? Bolehla komen di bawah..



'jOm KayuH!'

No comments:

Post a Comment

Copyright ⓒ2012. All Right Reserved by Puncak Bikers Cycling Community